Thursday 17 March 2011

Balik Kampung Lagi

Mengumumkan ketibaan Nur Sahida Bt Mat Husin ke Kampung Nara setelah seminggu merantau untuk menuntut ilmu. Kepulangannya disambut dengan hati gembira oleh penduduk kampung terutama keluarganya yang tercinta. Walaupun tidak sampai seminggu tidak menatap wajah mek dan ayahnya serta melihat pemandangan indah di tanah air kelahirannya, kepulangannya tetap dinanti nantikan oleh penduduk kampung. Menurut beliau, tujuannya pulang ke kampung kerana stok budu yang dibawa olehnya tempoh hari telah pecah dan ini amat mengecewakan sahabat nya yang lain yang memang peminat budu, tanpa budu ibarat tiada nasi baginya iaitu Miss Zatil. Untuk tidak mengecewakan sahabatnya itu dia sanggup pulang ke kampung untuk mengambil stok budu cap bilis yang menjadi kegemaran sahabatnya itu. Malang tidak berbau, beberapa botol budu yang dibawa olehnya tempoh hari didapati pecah di dalam beg balik kampungnya . Lebih malang lagi budu tersebut hilang kerana beg yang dibawanya dari kampung hilang (Berbelit belit pulak). Tanpa usul periksa beliau menyatakan bahawa beg beliau hilang akibat dikebas oleh orang 'luar negara'. Itu hanya andaian, tidak pasti. Hanya Allah yang tahu apa yang terjadi. Tetapi nur sahida bersyukur kerana beg dan budunya berjaya ditemui walaupun ada juga kekurangan. Kini sekali lagi beliau pulang ke kampung. Pesanan untuk beliau , semoga menjaga beg tersebut dengan sebaik mungkin, jangan terlalu percaya kan orang. Biarlah sesmart mana pun yang berada disebelah,  mata dan hati tetap perlu dijaga. Semoga peristiwa lama tidak berulang lagi .....



  Budu Cap Bilis Yang Berjaya Diselamatkan 

1 comment:

  1. hahhaahha..budu bilis dan petai jeruk ida dalam bahya wei..sebotol dah dikebas beri..

    ReplyDelete